People.. who create their own drama, deserve their own karma..

People.. who create their own drama, deserve their own karma..

Friday, 8 July 2011

MASA ITU BERLIAN~

masa BABY..
banyak sangat masa yang kita ada..
masa untuk tido..
masa untuk menangis..
masa untuk menyusu..
masa nak bermanja dengan ibu abah..keluarga..

masa KANAK-KANAK..
masa bahagia tuk kanak kanak RIBENA!!
ada masa nak berlari lari..
ada masa nak main pondok pondok..
ada masa nak terjun sungai..
ada masa nak panjat pokok...
indahnya dunia tika itu..

masa REMAJA..
masa dipenuhi dengan kehendak hati yang tak matang..
ada masa nak melepak..
ada masa nak enjoy..
ada masa untuk kawan kawan..
dan masa inilah waktu untuk mereka membuang masa..
tiada lagi masa untuk keluarga..

masa AWAL DEWASA
masa digunapakai sebaiknya..atau sebaliknya..
masa untuk mengejar cita cita..
masa untuk memenuhi keperluan hari hari..
masa untuk memilih haluan sendiri..
masa untuk menentukan masa depan..

masa DEWASA..
masa adalah sgalanya..
masa untuk tanggungjawab diri dan keluarga..
masa untuk mencari rezeki...
masa untuk memelihara ibadat..
masa untuk menyedari tentang kehidupan duniawi..

masa TUA..
tiada lagi masa untuk disia siakan..
gunakan masa untuk memperbanyakkan ibadat..
gunakan masa untuk bertaubat..
gunakan masa untuk persiapan diri ke alam barzakh..
gunakan masa bersama yang tersayang..
gunakan masa untuk berzakat..
gunakan masa untuk segala galanya selagi badan di kandung hayat..
sebagai bekalan untuk dibawa ke alam akhirat..



tiada masa tuk kita membuang masa..
masa itu berlian..sebab dalam pasaran skarang,berlian lagi berharga dari emas.hehee..

ajal maut semua di tangan-Nya..
bila bila masa saja Dia boleh panggil..
kita yang bertindak sebagai pelakon dunia nih..
kena la sentiasa beringat..
jangan dah tua baru nak bertaubat..
dunia ini hanyalah sementara..pinjaman semata mata..
kehidupan yang kekal maknawi ialah kehidupan di SYURGA~

insaf insaf lahhh..haihh..bye!!

1 comment:

  1. yeah!!! dah macam sajak dah plak.. hahaha


    TOLONG!! : SERABUT

    ReplyDelete